Monday, 19 May 2014

Panduan Memilih Gam Arab terbaik





Al mannar Asli.



TESTIMONI:


SAKIT BUAH PINGGANG TAHAP DIALISIS..

” Ramli, 41 tahun, adalah juga bukti khasiat getah ini kerana beliau dahulu terpaksa menjalani rawatan dilasis tiga kali seminggu kerana buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Berkat penggunaan getah itu selama tujuh bulan buah pinggangnya sudah puleh dan beliau sejak 10 bulan kebelakangan ini tidak lagi perlu menjalani rawatan itu. “

Penyelidikan Terhadap Khasiat Getah Arab di UKM 




PANDUAN PEMILIHAN BELIAN GUM ARABIC:

Gum Arabic Powder bekas/botol 1kg RM180:

Kelebihan:
1. Serbuknya sangat halus
2. Ia digunakan dalam industri farmaseutikal dan kosmetik kerana ia   mempunyai ketulenan yang paling tinggi dan paling bersih daripada bahan tercemar semulajadi seperti kulit pokok, pasir dan lain-lain
3. Ia dipilih daripada ketulan gum arabic yang baik sahaja, iaitu ketulan yang besar, bersih dan jernih (big, clean and light in color gum arabic kibble).

Kekurangan:
1. Ia lebih lambat larut berbanding gred lain kerana serbuknya amat halus, ia perlu direndam 45 hingga 1 jam jika mahu lebih mudah larut. 
2. Botol/ bekasnya dalam 1kg, pembeli tiada pilihan untuk membeli sedikit-sedikit


Serbuk Gum Arabic lain:

Kelebihan:
1. Ia lebih cepat larut 
2. Peketnya lebih kecil, pembeli lebih fleksibel dalam memilih jumlah  belian yang mereka mampu

Kekurangan: 
1. Serbuknya lebih kasar
2. Ia tidak digunakan dalam industri farmaseutikal dan kosmetik kerana ia tidak mempunyai jaminan ketulenan dan agak kurang bersih daripada bahan tercemar semulajadi seperti kulit pokok, pasir dan lain-lain
3. Ia dikisar daripada ketulan gum arabic yang bercampur-campur grednya.







Ketulan Gum Arabic:

Kelebihan:
1.   Ia boleh dimakan terus seperti gula-gula

Kekurangan: 
1. Ketulannya mempunyai gred yang bercampur-campur
2. Ia perlu ditumbuk/ dikisar jika mahu dibancuh dengan air

Peringatan: 
1. Patuh nasihat doktor anda. Jangan berhenti makan ubat-ubatan yang diarahkan oleh doktor kecuali atas nasihat doktor. 
2. Bagi pesakit buah pinggang dinasihatkan agar jangan minum susu, atau makan makanan atau minuman daripada produk tenusu, hadkan pengambilan makanan berprotien, kecuali dalam kadar yang disyorkan oleh doktor, jika anda terus minum susu, makan produk tenusu dan tidak mengawal pengambilan protien, anda hampir pasti akan gagal megatasi masalah buah pinggang anda, anda seolah-olah menyekat aliran sungai dengan tapak tangan. Sila baca laman web ini untuk mwndapatkan maklumat asas pemakanan yang sesuai dengan tahap kesihatan anda;


3. Jika anda makan antibiotik amoxcillin, makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum atau selepas makan gum arabic (gum arabic menghalang penyerapan amoxcillin menyebabkan ia tidak berkesan sebagai antibiotik). 
4. Pesakit yang perlukan dialisis teruskan dialisis, dialisis diteruskan semasa makan al-Manna ini, jangan berhenti dialisis kecuali atas nasihat doktor. 
5. Bagi pesakit kronik dinaihatkan dapatkan nasihat doktor.











CARA PENGGUNAAN GUM ARABIC @ AL-MANNA



MASA MAKAN: 
1. Waktu pagi semasa perut masih kosong, sebaik-baiknya 2 jam sebelum sarapan. Jika mahu berpuasa,  ambil waktu sahur.
2. Waktu malam sebelum tidur.
  
CARA BANCUHAN:
1)  2 sudu makan (=25 gram) dibancuh dengan segelas (250ml atu lebih) air biasa (bukan air panas atau disejukkan dalam peti ais) 
2. Jika anda mahu hadkan meminum air kepada 500 ml sahaja sehari, bancuh 25 gram gum arabic dengan 100 ml sehingga 150 ml air sahaja.


 CARA MEMBANCUH GUM ARABIC:

i-     Ambil shaker atau botol air yang kering, masukkan GUM ARABIC, kemudian masukkan air goncang hingga larut, jika sukar larut, biarkan ia terendam dalam air 45 hingga 60 minit barulah goncang semula.
ii- Bagi GUM ARABIC ketulan; Untuk minum waktu pagi, rendam ketulan gum arabic dalam air pada waktu malam, waktu pagi barulah kacau sehingga larut. Untuk minum waktu malam pula, rendam dalam air pada waktu pagi, waktu malam barulah kacau sehingga larut dan diminum.

 https://2.bp.blogspot.com/-EhgzoyaOTTE/UlE5kuD0aCI/AAAAAAAAAB8/UJWvAcH4zAA/s320/1+Sudu+Penuh+3.jpg

Minum 2 Sudu Penuh Sudu Makan (=25g) dibancuh dengan 250 ml air. Jika Doktor menasihatkan supaya pengambilan air dikurangkan, bancuh dengan 75-150 ml air sahaja. Bagi semua penyakit termasuk pesakit buah pinggang, semasa minum air bancuhan Gum Arabic, makan juga 1 sudu teh Habbatus Sauda' atau 1-3 biji kapsul Habbatus Sauda' (kecuali Doktor melarangnya), kerana Habbatus Sauda' dapat menyembuhkan banyak penyakit seperti disebut di dalam Hadis Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam. Gabungan kebaikan Habbatus Sauda' dan al-Manna atau Gum Arabic ini, Insya' Allah, dapat memulih dan memelihara kesihatan kita supaya kita dapat beribadat dengan lebih tekun dan selesa.


Cadangan penggunaan:


1.   Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.

2.   Buah pinggang stage 1 hingga 5: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. 

3.   Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak 1 sudu teh.

4.   Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2  kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml atau lebih. Bagi gout, boleh rebus pokok pandan, iaitu daun serta akarnya sekali, kemudian biarkan sejuk, ambil segelas air rebusan yang telah sejuk tadi dan dibancuh dengan gum Arabic.

5.    Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan dalam penurunan kolesterol dengan gum arabic).

6.   Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 15 hingga 25 gram sehari.

7.   Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

8.   Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari. 

9.   Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.

10.    Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.

11.    Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.

12.    Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan. 

13.    Gum Arabic merupakan makanan tambahan yang baik untuk bermacam-macam penyakit, anda boleh mencuba bagi penyakit-penyakit lain. Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap penyakit kronik.

14.    Seorang pakar perubatan herba cina memberitahu saya; cara yang paling berkesan untuk rawatan penyakit buah pinggang dengan gum arabic adalah dengan cara berikut:
i.             Rendam roselle kering 2 hingga 3 gram (atau lebih kurang 7 hiris, jika ada gastrik gunakan 3 hiris sahaja, tetapi jika sakit gastrik berulang, berhenti minum rosalle) dalam air panas, kemudian biarkan sejuk.
ii.            Setelah sejuk, air rendaman roselle diambil setelah dibuang rosalle yang telah direndam tadi, kemudian dibancuh air tersebut dengan 2 sudu gum arabic.
iii.           Dicampur ½  sudu teh molasses (jika ada sakit kencing manis, molasses tidak perlu dimasukkan atau masukkan ¼ sudu teh)

Molasses adalah gula merah yang kehitaman, ia boleh didapati di kedai yang menjual barangan organik. Perhatian: Pesakit tekanan darah rendah & pesakit gastrik tidak boleh minum roselle.
** Jangan makan roselle, minum air rendamannya sahaja.
*** Tiada laporan kesan sampingan walaupun Gum Arabic dimakan dengan banyak. Jika ada tanda-tanda anda tidak sesuai minum Gum Arabic, seperti sakit pinggang yang kuat dan lain-lain, berhenti minumGum Arabic.

*SELEPAS BUKA BUNGKUSAN, SILA SIMPAN DI DALAM BEKAS YANG KERING DAN BERTUTUP RAPAT*
*Jika anda ada masalah kesihatan untuk makan Gum Arabic, dapatkan nasihat doktor anda.
*Pengambilan Gum Arabic menyebabkan mudah buang air besar dan pembuangan angin pada peringkat awal pengambilannya.

  

MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA
   Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Ia juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di anatara dapatan kajian mengenai Gum Arabic adalah:-
1. The US Food and Drug Administration  (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.
2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.
3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.
4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik,bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah,sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
5.  Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996)  dalam American Journal of Clinical Nutrition,  melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah proteinberserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya dietrendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemiamenurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkankualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan burukCRF.
6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.
7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.
8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.
9.  Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah. Saya secara peribadi bependapat bahawa keberkesanannya berbeza bagi sebahagian orang.
11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.
12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.
13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis,oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain. Saya suka menginggatkan pengguna bahawa keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.
14. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. Saya berpendapat, anda harus mencuba untuk melihat keberkesanannya kepada anda, janggan hanya percaya kepada dakwaan, kerana keberkesanannyamungkin berbeza bagi sebahagian orang.
15. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah. 
16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon.
17. Laman web http://inrfood.com/ menyatakan Gum Arabic selamat diminum oleh ibu mengandung.



Sila Rujuk:
1. http://www.raysahelian.com/acaciagum.html
2. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17999333 
3. http://www.kidneyfailureweb.com/treatment/283.html
4http://www.nutritionj.com/content/11/1/111
5. http://www.futuremedicine.com/doi/pdf/10.2217/14750708.3.2.183
6. http://sudanow.info/new/uncategorized/scientists-reveal-new-uses-for-gum-arabic/
7. http://jac.oxfordjournals.org/content/54/2/577.full
8. http://www.emaratyah.ae/showthread.php?t=315795
9. http://forum.maas1.net/m118396.html
10. http://ejabat.google.com/ejabat/thread?tid=1adb4958780d0e8e
11. http://www.alnilin.com/news-action-show-id-30315.htm
12. http://www.sudaneseonline.com/cgi-bin/sdb/2bb.cgi?seq=msg&board=430&msg=1364756070
13. http://www.albayan.ae/five-senses/2000-01-19-1.1034500
14. http://www.albayan.ae/five-senses/2000-03-26-1.1035406
15. http://www.healthline.com/natstandardcontent/acacia
16. http://www.organicarabicgum.com/
17..http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/diet-a-penyakit/penjagaan-pemakanan-pesakit-ginjal-kronik
18. http://inrfood.com/ingredients/625
UNTUK AL MANNAR YANG ASLI DAPATKAN DARI KAMI. HANYA HUBUNGI
I : EN. FAHMI – 0192379118
 EN. BAHANIZAM – 0135915676
 EN. SHAROU – 0125771104
 EN. RIZAL – 0135849877
 EN. AZLY – 0139209675